A SERVICE OF

logo

BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Amaran
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Awas
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
dan 35°C.
Alat pencukur ini tidak kalis air dan tidak boleh
dibersihkan di bawah paip. Pastikan alat pencukur
kering (Gamb. 1).
Mematuhi piawai
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati
pada masa ini.
Mengecas
Apabila anda mengecas pencukur bagi kali pertama
setelah lama tidak digunakan, biarkan ia dicas berterusan
selama 12 jam. Pengecasan biasanya mengambil masa
selama lebih kurang 8 jam.
Cas perkakas apabila motor berhenti atau menjadi
semakin lambat.
Apabila pencukur dicas sepenuhnya, ia mempunyai masa
cukuran sehingga 30 minit.
Jangan biarkan perkakas dipasang pada sesalur kuasa
selama lebih daripada 24 jam.
1 Pastikan perkakas dimatikan apabila anda mula
hendak mengecasnya.
2 Buka unit pin gelangsar (‘klik’) (Gamb. 2).
3 Masukkan unit pin gelangsar ke dalam soket
dinding (Gamb. 3).
Lampu pengecasan akan menyala untuk
menunjukkan bahawa perkakas sedang
dicas (Gamb. 4).
4 Selepas mengecas, tanggalkan pencukur dari soket
dinding.
5 Tekan butang pelepas (1) dan lipat unit gelangar
kembali ke dalam perkakas (2) (‘klik’) (Gamb. 5).
Menggunakan perkakas
1 Tanggalkan penutup pelindung.
2 Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk
menghidupkan alat pencukur (Gamb. 6).
3 Gerakkan kepala pencukur dengan cepat di atas
permukaan kulit anda. Pastikan gerakan lurus dan
membuat dilakukan (Gamb. 7).
Nota: Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika
muka anda kering.
Nota: Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu
untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
4 Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk
mematikan alat pencukur.
5 Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 8).
Pembersihan dan penyenggaraan
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
-
-
-
-
-
,
Setiap minggu: unit pencukur dan ruang
rambut
1 Matikan pencukur.
2 Berus bahagian luar unit pencukur dengan berus
yang disediakan (Gamb. 9).
3 Tarik unit pencukur dari alat pencukur (Gamb. 10).
4 Bilas bahagian dalam unit pencukur (Gamb. 11).
5 Berus ruang rambut (Gamb. 12).
6 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Setiap dua bulan: kepala pencukur
Nota: Jangan menggunakan agen pembersihan atau alkohol
untuk membersihkan kepala pencukur. Hanya gunakan
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur HQ110.
1 Matikan pencukur.
2 Tarik unit pencukur dari alat pencukur (Gamb. 10).
3 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan
rangka penahan (2) (Gamb. 13).
4 Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur satu
demi satu (Gamb. 14).
Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan
adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah
berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong
dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil
masa sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran
terbaik dapat dicapai semula.
5 Tanggalkan pemotong dari adangannya (Gamb. 15).
6 Bersihkan pemotong dengan tepi berus yang
berbulu pendek (Gamb. 16).
7 Berus adangan (Gamb. 17).
8 Letakkan kembali kepala pencukur ke dalam unit
pencukur.
9 Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur
dan pusingkan roda arah ikut jam.
10 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Petua: Untuk mendapatkan prestasi pencukuran yang
optimum, kami mengesyorkan agar anda melincirkan kepala
pencukur dengan setitik minyak mesin jahit setiap enam
bulan sekali.
Penyimpanan
Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 8).
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk
mendapatkan hasil pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan
Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat & Potong.
1 Matikan pencukur.
2 Tarik unit pencukur dari alat pencukur (Gamb. 10).
3 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan
rangka penahan (2) (Gamb. 13).
4 Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur dan
gantikannya dengan yang baru (Gamb. 14).
5 Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur
dan pusingkan roda arah ikut jam.
6 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Aksesori
Aksesori berikut boleh didapati:
Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat &
Potong
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips
HQ110 (tidak terdapat di China)
Alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 18).
Bateri mengandungi bahan yang mungkin
mencemarkan alam sekitar. Jangan buang bateri
yang kosong dengan sampah rumah biasa, tetapi
lupuskannya di pusat pemungutan rasmi untuk
-
-
-
-
-
bateri. Sentiasa keluarkan bateri boleh cas semula
sebelum membuang perkakas dan bawanya ke pusat
pemungutan rasmi.
Pelupusan bateri boleh cas semula
Hanya tanggalkan bateri boleh cas semula apabila ia
betul-betul kosong.
1 Pastikan perkakas ditanggalkan.
2 Biarkan pencukur berjalan sehingga ia berhenti,
buka skru pada bahagian belakang alat pencukur
(1) dan angkat panel belakang dari alat
pencukur(2) (Gamb. 19).
3 Tanggalkan bateri boleh di cas semula (Gamb. 20).
Jangan sambung alat pencukur ke punca kuasa utama
setelah bateri dikeluarkan.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Pembatasan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak ada
jaminan antarabangsa kerana ada untuk dipakai.
Menyelesaikan masalah
Masalah Penyelesaian
Alat pencukur
tidak mencukur
sebaik sebelum
ini.
Anda mungkin tidak membersihkan
perkakas dengan betul. Bersihkan
kepala pencukur dengan rapi
(lihat bab ‘Membersih dan
menyelenggara’).
Rambut panjang mungkin
tersumbat di kepala pencukur.
Bersihkan pemotong dan adangan
dengan betul dengan berus yang
dibekalkan (lihat bab ‘Membersih
dan menyelenggaraa’).
Kepala pencukur mungkin rosak
atau haus. Gantikan kepala
pencukur (lihat bab ‘Penggantian’).
Bateri mungkin semakin lemah. Cas
semula alat pencukur (lihat bab
‘Mengecas’).
Alat pencukur
tidak hidup
apabila saya
menolak
gelangsar hidup/
mati ke atas.
Bateri mungkin kosong. Cas
semula alat pencukur (lihat bab
‘Mengecas’).
4222.002.4943.2
5/5